Firman Allah Taala: 'Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah Nya.' (Surah 6 ‘Al-An’aam:162-163)
terahsia V7arabic 'Bangsa MALAyu' . . .
Pada tahun 1998, seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia, telah mengung-kapkan konsep Sundaland, berdasarkan bukti-bukti geografi dan antropologi mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari 1 peradaban purba yang maju disebut Sunda-land ini.
2 pentas benua, Pentas Sunda dan Pentas Sahul sememangnya menimbulkan misteri kepada pakar-pakar geografi sejak sekian lama. Jika Pentas Sunda diangkat, seluruh Kepu-lauan MALAyu sebenarnya menjadi 1 benua baru yang besar.
Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh Profesor Arysio Santos.
Terdapat perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis Barat, dengan para sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia MALAyu dan bangsanya.
Sebahagiannya mengetahui 1 rahsia, tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup-nutupnya, sesetengahnya yang lain mula mencari-cari rahsia itu dan cuba berfikir ten-tangnya.
'THE KING SOLOMON'S MINES'
"It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire"
(Book of Job 28:16 -King James Version)
Untuk membuka peti-peti rahsia di 'Gua Rahsia' kita perlu tahu katakuncinya (password) terlebih dahulu. Tetapi ada peraturannya. Peraturannya ialah MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN. Sebagaimana perubahan Bahasa MALAyu dari zaman ke zaman, begitu juga bangsanya. Kita tidak boleh membayangkan seorang pedagang MALAyu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana di lorong-lorong bazar di Kota Uruk, Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk Intan pada hari ini misalnya.
Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis MALAyu yang berkahwin dengan seorang raja Chaldea misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun dahulu adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama 'Samarinda'.
Antara kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun diberi katakunci ialahSUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir rahsia di dalam peti. Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh berbeza. Kita tidak boleh menga-takan nama seorang raja, Fan Shih-Man adalah seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja MALAyu Funan).
Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa dengan Encik Gopal, jiran sebelah rumah kita misalnya, yang menjadi raja memerintah negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMalayuan atau KeJawaan) hanya kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.
Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka. Hanya orang yang tidak pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak semena-mena apabila ditunjal oleh teori-teori yang pelik sebegini.
Mengapa tidak mengambilkira teori yang lebih awal seperti Hang Tuah yang berasal dari Pulau Duyung, atau dari Orang Laut atau dari sukukaum Bugis-Makasar. Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka nama MALAyu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.
Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anak-anak MALAyu berpogo di gig-gig punk, beliau tidak akan mengenal bangsanya sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan mereka. INGAT! MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN. Terutama sekali bangsa MALAyu yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pedagang pada masa dahulu, tinggal di Nusantara yang strategik sebagai laluan perdagangan antara-bangsa, mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi dengan bangsa asing yang lain.
Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:
Gunung
Laut
Pantai
Pulau
Bunga
Wangi-wangian
Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim
Budaya Vedic
Anak-anak Keturah
Madyan
Madai/Madayu
Malai/Malayu
Iskandar Zulkarnain
Parsi
Nabi Nuh
The Land of The Gods
Sundaland
Mesir Kuno
Rempah dan kemenyan
Judah
Nabi Sulaiman
Ophir
Gunung Ledang
Suvarnabhumi
Golden Chersonese
EMAS
Kita akan lihat beberapa katakunci baru ini dan apa yang akan dapat kita buka jika menggunakan katakunci ini. Ingat, hanya orang MALAyu yang berdarah MALAyu sahaja yang boleh menimbulkan 'instinct' menjejak asal-usulnya. Sesetengahnya akan terbuka 'vision' dengan sendirinya apabila melihat katakunci sahaja.
Sesetengahnya perlukan masa, mengkaji dan mengkaji.
Sesetengahnya berputus asa, dan menganggap dirinya berasal dari orang Cina, dari Yunnan atau pendatang asing juga, entah dari mana, dari Planet Zargus agaknya.
'Madyan' adalah satu bangsa yang disatukan dengan suku-suku Parsi yang lain oleh Cyrus The Great yang dikatakan orang yang sama dengan Iskandar Zulkarnain dalam Al ‘Quran. Jadi cuba semak kembali Sejarah MALAyu, kenapa kitab ini mendakwa raja-raja MALAYu berasal dari Iskandar Zulkarnain.
Abaikan kata 'Makaduniah' kerana perkataan 'Zulkarnain' itu didapati dari teks Al ‘Quran dan kata 'Makaduniah' tidak pula muncul dalam Al ‘Quran. Ingat, di permulaan kitab itu, Tun Seri Lanang ada menyebutkan kata 'Goa'. Kekeliruan terjadi disini apabila ilmuwan mencari-cari siapakah Iskandar Zulkarnain itu, dan sarjana India mencadangkan Iskandar Makaduniah (Macedon) sebagai maksud 'Iskandar Zulkarnain' itu.
*Cyrus the Great
Tetapi dari mana datangnya 'Zulkarnain' ini? 'Zulkarnain' bermaksud pemilik dua tanduk, dan tidak pula raja Yunani itu bergelar Alexander 'The 2 Horns Keeper'. Tetapi pada ukiran Cyrus The Great di Persepolis, gambar raja Parsi itu menunjukkan mahko-tanya terdapat 2 cabang besar di atasnya. Dan kebiasaan raja purba dahulu terutama di kawasan Timur Tengah, para pengikut raja menghormati raja mereka dengan tidak memanggil nama raja itu tetapi gelarannya.
Dari kata 'Rempah dan Kemenyan' kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan rempah, kayu-kayan dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman purba. Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan MALAyu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China, India dan Barat (Timur Tengah). 1 teori yang munasabah ialah, rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India, kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.
Para pedagang India dan MALAyu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah kerajaan-kerajaan MALAyu dahulu telah 'diindiakan' sebagai pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan. Fikirkan, jika kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah agung, hebat dan sememangnya menjadi 'kuasa besar' di sebe-lah Timur, bagaimana empayar-empayar seperti Babylon, Chaldea, Sumeria, Median dan Parsi berhubungan dengan mereka?
Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah 1 mitos sebab itu apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China, masyarakat Barat berasa amat pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China. Marco Polo juga diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu hanya dialah yang mampu memonopoli jualan barangan dari China. PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa melalui Kepulauan MALAyu.
Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan dan keagungan. Orang yang memiliki emas adalah dianggap orang kaya yang terhormat. Emas dijadikan perhiasan, mahkota dan pinggan mangkuk. Emas juga dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuil-kuil. Warna emas yang kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan empayar-empayar.
Sesiapa yang dapat menguasai tempat emas dihasilkan; dia akan menjadi raja dan menguasai kekayaan. Emas melambangkan tuah, dan tempat yang dinisbatkan dengan nama emas ini adalah bumi bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya. Ramai yang mati akibat perebutan logam berharga ini.
Ramai pula yang mengaut keuntungan darinya. Bangsa yang tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa picisan yang masih duduk di atas pokok dan bermain dengan tupai, tetapi bangsa yang mengenal apa itu emas merah, emas tulen dan kekayaan. Bangsa yang dikaitkan dengan logam ini mustahil tidak dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain; sama ada sebagai kunjungan perdagangan mahupun asakan peperangan, merebut lom-bong-lombong kekayaan bangsa tersebut. BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN MENEMPA LOGAM UNTUK SENJATA mustahil tidak mengenal nilai kekayaan emas. Apakah itu besi Kursani?
The Golden Chersonese
Nusantara adalah satu gelaran yang mula-mula dikesan dipakai oleh Patih Gajah Mada sekitar tahun 1360 Masehi, namun tahukah anda apakah gelaran antarabangsa 2000 tahun dahulu kepada Nusantara ini? Gelaran politik antarabangsa kini kepada dunia Nusantara adalah Southeast Asia atau Asia Tenggara. Tetapi pada zaman dahulu para Kaisar Rom, Kisra Parsi dan raja-raja Yunani mengenal wilayah ini sebagai 'wilayah emas'. Dari manakah gelaran ini berasal?
Gelaran ini berasal dari kitab-kitab purba Hindu seperti Puranas, Ramayana, Artha-sastra, Raghuvamsa yang ada menyebutkan nama Nusantara ini. Dan ia sebenarnya berasal dari Tamadun Aryan yang bersambung pula dengan empayar-empayar Tamadun Sumeria seperti Babylon, Ur, Kish dan Uruk. Jika sudah terdengar oleh raja Chaldea, Assyria dan Babilon, sudah pasti raja-raja Israel dan Judah mendengarnya juga. Mengikut kitab-kitab Hindu ini, Nusantara pada zaman kuno terbahagi kepada 2 bahagian:
*Suvarnabhumi (Bumi Emas-Semenanjung Tanah MALAyu)
*Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau Sumatera terutamanya serta Pulau Jawa)
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi. Dalam Ramayana, ada disebutkan Suvarnadvipa, tempat dimana Rama mencari Sita yang diculik Ravana.
LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA MENYEBUTKAN NUSANTARA INI. Jika kita melihat hikayat Ramayana ini, Rama dan Sita adalah setaraf dewa-dewi Hindu dan dewa-dewi Hindu pun menamakan pulau-pulau MALAyu sebagai 'Pulau Emas'.
Di dalam Kathasagaras, 1 kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini 'the fabulous Land of Gold'-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka. Apakah maksud 'menakjubkan' itu? Adakah mereka bertemu dengan orang MALAyu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan "Wow! Menakjubkan!"?
Jika banyak terdapat emas sekalipun di sini bagaimana Tamadun India Kuno mengetahuinya jika tidak mereka melihat kesan-kesan fizikal darinya. Jika para raja-raja atau dewa-dewi Hindu ini sampai ke pulau-pulau MALAyu yang dipenuhi hutan rimba sahaja adakah ini layak digelar 'the fabulous Land of Gold'??
Seorang pendeta dan pengembara China; I-Tsing (634-713), yang bertahun-tahun menetap di Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7, menyebut pulau Sumatera dengan nama Chin-chou yang bererti 'Negeri Emas'. Ini tidak menghairankan kerana ketika itu Emperor-emperor MALAYu Sriwijaya telah mampu mengeluarkan matawang emas.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang MALAyu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah MALAyu), di mana kata 'Suwarandib' ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama 'Suvarnadwipa' dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yg mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib; Pulau Emas yang menakjubkan itu.
Di kalangan bangsa Yunani purba, Pulau Sumatera sudah dikenali dengan nama Taprobana. Nama Taprobana Insula telah dipakai oleh Claudios Ptolemy, ahli geografi Yunani abad kedua Masehi, tepatnya tahun 165, ketika beliau menghuraikan daerah Asia Tenggara dalam karyanya Geographike Hyphegesis.
Ptolemy menulis bahwa di Pulau Taprobana terdapat negeri Barousai. Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah Barus di pantai barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur barus; juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan rempah-rempah bagi mengawet mumia misalnya.
OLEH ITU, TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN SEMENANJUNG TANAH MALAyu SEBAGAI 'GOLDEN CHERSONESE' nama antarabangsa baginya ketika zaman kuno dahulu, nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor Babilon, juga raja-raja India malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama 'Pulau Emas Yang Menakjubkan' sesama mereka di dalam hikayat Ramayana dan Purana.
Telah diterangkan di dalam siri ATBM sebelumnya bahawa pada zaman purba Nusantara terkenal dengan pengeluaran rempah ratus, kemenyan dan wangi-wangian. Para pedagang, raja-raja dari daerah sekitar Laut Tengah sudah mendatangi Nusantara, terutamanya Pulau Sumatera.
Di samping mencari emas, mereka turut mencari kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus (dryobalanops aromatica) yang saat itu hanya ada di Sumatera. Sebaliknya, para pedagang Nusantara pun sudah memperdagangkan komoditi mereka sampai ke Asia Barat dan Afrika Timur, sebagaimana tercantum pada naskah Historia Naturalis karya Plini pada abad pertama Masehi.
Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon's Temple adalah dari kayu-kayu cendana Sumatera, perhiasan Cherubim, meja altar yang menempatkan perunggu lilin adalah emas dari Suvarnabhumi dan lilin - lilin adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax sumatrana; Lubban Jawi yang terbaik. Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.
"And the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from Ophir great plenty of almug trees, and precious stones"
(1 Kings 10:11 -King James Version)
"Even three thousand talents of gold, of the gold of Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the walls of the houses withal"
(1 Chronicles 29:4 -King James Version)
Sememangnya di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Allah Sulaiman Alayhis Sallam raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Kitab Al ‘Quran, Surat Al ‘Anbiya‘ ayat 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Allah Sulaiman Alayhis Sallam berlayar ke “tanah yang Kami berkati atasnya” (Al ‘Ardha l-lati Barak ‘Na fiha).
Firman Allah Ta'ala: "Dan (telah Kami tundukkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (God Almighty says in the Holy Quran: ‘And to Solomon (We subjected) the wind, blowing forcefully, proceeding by his command toward the land which We had blessed. And We are ever, of all things, Knowing)’’ (QS Al ‘Anbiya' 21: 81)
Yang menjadi persoalan sekarang, DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU?? Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana termasuklah lokasi-lokasi di Afrika, Arab dan Israel. Namun penemuan manuskrip pengembara Eropah ada menca-tatkan lokasi Ophir ini di Filipina; iaitu salah satu Kepulauan MALAyu. Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir,
"Ophir can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir was said to be . . . in front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese, and Lequios met to trade . . ."
Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans tidak berada berdekatan dengannya, bukan juga Taiwan kerana petunjuk menyebut 'banyak pulau'. Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan Fiipina.
"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon"
(2 Chronicles 8:18 -King James Version)
Ptolemy pun menulis Geographike Hyphegesis berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus. Sudah tentu Marinus telah membawa emas, rempah, kemenyan dan kayu-kayu cendana dari Nusantara ketika itu dan memperda-gangkannya di Tirus dan kota-kota Hellenistik yang lain.
“Lombong Emas Raja Sulaiman”
Sejak zaman berzaman umat manusia terpukau dengan kecantikan dan sifat-sifat bitara logam emas, menyebabkan permintaan terhadap logam ini sentiasa mengatasi bekalan. Keunggulan sifat-sifat fizikal logam ini, seperti kebolehtempaan dan kebo-lehaliran, dan sifat-sifat kimianya seperti kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan logam ini dalam kerak bumi amat lanka menyebabkan proses perlom-bongannya sukar dan mahal, membuatkan harganya tinggi.
Bekalan emas DUNIA kebanyakannya datang dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain dan rizab terbesar terdapat dlm batuan konglomerat Prakambrian di Afrika Selatan, manakala emas epiterma yang terdapat di negara-negara keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua daripada segi jumlah pengeluaran.
Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah MALAyu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu Ptolemy yang menulis pada abad ke-2 Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea, Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India.
Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah MALAyu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.
Walaupun kelihatan rawak, taburan ini sebenarnya dikawal oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman Perm-Trias di Semenanjung Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung MALAYsia ditemui adalah sebagai telerang kuartza, dalam sulfida masif, dalam skarn, dan berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri longgokan emas boleh dilihat daripada kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas terdapat dalam telerang kuartza berkemiringan curam berarah Utara-Selatan.
Perubahan batuan dinding yang terbentuk adalah jenis suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian, pengargilitan dan pengkloritan-pempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih adalah mudah iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama sedikit sfalerit dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana terdapat banyak galena, tetrahedrit dan mineral-mineral telurida.
Kehadiran grafit adalah minor kecuali di Penjom di mana jumlahnya cukup banyak hingga menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas. Kajian bendalir terkepung menunjukkan suhu pembentukan yang rendah. Daripada bukti-bukti yang ada, longgokan emas di Semenanjung Tanah MALAyu boleh dikelaskan sebagai emas longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni. Potensi adanya lagi longgokan emas primer seperti di Penjom cukup tinggi memandangkan kerja-kerja menjelajah longgokan primer ini masih rendah.
Mengapakah Gunung Ledang digelar 'Mount Ophir'?
Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego. Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.
Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.
Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri. Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini (1904), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang MALAyu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Sebab itu tanah semenanjung ini dan kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa. Kita boleh membayangkan kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari emas.
Pada tahun 1854, seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang. Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hada-pan walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk. Tiba-tiba kabus semakin berkurangan, dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.
Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce, ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang??
-XXXXXXX
-XXXXXXX
-Kesultanan dan Empayar
-XXXXXXX
-Gangga Negara, Srivijaya dan Funan
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian
-Serangan ke atas etnik-etnik India
-XXXXXXX
-Laluan rahsia ke lombong emas
-Kunci rahsia Lombong Emas Raja Sulaiman
-XXXXXX
-XXXXXXX
-ITEMS LOCKED
ps: Jangan anda bertanya pada bukan ahlinya. Karana ianya perbuatan yang sia-sia.
DOKTOR SEJARAH ANDA
Abang sakit apa? Buta sejarah?
Biar Cik Seri suapkan ubat sampai celik ekk!
here: Berani Kerana Benar
Sila mematuhi etika blog yang betul apabila menghantar komen anda. Pemilik blog akan menja-lankan budi bicara membenarkan atau menolak sebarang komen yang dianggap sebagai meng-hasut, memfitnah, bersifat perkauman, kesat, menghina, dan lain-lain kenyataan yang mempa-merkan ciri-ciri yang serupa. Jika anda berkeras untuk menggunakan komentar anonymous, sila tulis nama anda atau ID lain di hujung mesej anda. (Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message).
Hubungan Nabi Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui perta-lian perkahwinan dgn Safiyyah Radhiya ‘Allahu Anha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam Isteri ke-11 Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam
Safiyyah Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Sallam. Pada mulanya beliau telah dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.
Apabila Dahya Kalbi memohon kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya. Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Salla ‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata:
"Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda mem-peristerikannya."
"Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda mem-peristerikannya."
Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiya‘Allahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah: "Kini kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku." Sufiyyah menjawab:
"Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?"
Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya. Apabila beliau mencerita-kan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.
"Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?"
Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya. Apabila beliau mencerita-kan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.
Kenanah menyergah: "Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah" Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerang-kan mimpinya itu kepadanya.
Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dada-nya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata: "Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah." Safiyyah berkata:
"Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun." Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari Kheybar .
Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dada-nya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata: "Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah." Safiyyah berkata:
"Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun." Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari Kheybar .
Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat: "Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang`barang makanan yang dipunyai mereka masing`masing seperti buah `buah tamar, keju, mentega dan sebagainya.
Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama. Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu. Safiyyah Radhiya‘Allahu Anhuma meninggal DUNIA pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.
Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama. Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu. Safiyyah Radhiya‘Allahu Anhuma meninggal DUNIA pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.
Menjejak 10 Suku ‘Puak Bani Israel Yang Hilang’ - "Quest for the Lost Tribes" dokumentari oleh Simcha Jacobovici. Selepas serangan tentera Assyria ke atas bumi Israel pada tahun ke-8 SM, 10 puak Bani Israel yang mendiami bahagian utara telah dihambat keluar dari negara mereka. Sehingga hari ini, kepulangan mereka ke Baitul Muqaddis dinantikan setiap Muslim dan Ahli Kitab, sebagai petunjuk bermulanya era Akhir Zaman. Dan hari ini, perjalanan pulang mereka sudah pun bermula. Semoga perjalanan menjejak 'domba yang hilang' dari keluarga Daud Alayhis Sallam ini membuka mata Muslim berkenaan berita di dalam Taurat dan Injil tersebut: iaitu suku-suku dari Bani Simeon, Reuben, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Ephraim dan Manasseh. Time Of video: 09:23. The video explains the rest . . .